Our Top Courses
Benefits of the course
- Dawrah ilmiyyah yang akan dijalankan sepanjang Disember ini khusus buat muslimat yang cintakan ilmu dan ingin mendalami ilmu sebagai manfaat buat akhirat.
- Antara kitab utama yang akan dikhatamkan sepanjang pengajian ialah kitab Fiqh Tazkiratul Hadramiyyah yang dikarang oleh ulama' besar Yaman Al Sayyid Al Allamah Muhammad Bin Salim Bin Hafiz Ibn Syeikh Abu Bakar Bin Salim, yang merangkumi keseluruhan perbahasan mengenai Fiqh khusus bagi wanita termasuk bab Aqidah, fiqh ibadat, hukum-hakam darah haidh dan nifas, hak-hak kepada ibu bapa, suami, larangan bertabarruj dan mengenai ancaman bagi orang-orang yang mengumpat dan mengadu domba.
- Semua muslimat yang menyertai dawrah ini akan berpeluang mempelajari ilmu asas Bahasa Arab dan juga kupasan buku Peta Ilmu Dan Amal secara percuma!
- Peserta akan dibimbing secara khusus sepanjang sebulan untuk beramal menggunakan aurad pilihan dan mendalami ilmu yang bermanfaat buat diri, keluarga dan agama.